Sunday, July 5, 2015

Sambutan luar jangkaan.. Alhamdulillah

Assalamualaikum..
Lama tak update sbb busy dgn homestay dan rumah sewa.
Alhamdulillah.. Ezi Homestay mendapat sambutan yg diluar jangkaan. Rupanya ramai yang datang bermalam di Kuala Kangsar ni atas pelbagai sebab yobbb.. 

Antaranya:
- melawat tempat2 menarik di Kuale ni.. (itu mmg dah sedia maklum)
- kenduri kendara tempat bertanggak
- nganto/ melawat anak yg sekolah berasrama di Malay College, Kolej Islam, MRSM Lenggong, MRSM Grik
- yg terbaru nganto anak register di MRSM Kuala Kangsar (lepas raya ni intake baru)

Banyak juga kata2 semangat dan komen penambahbaikan yang kami terima dari tetamu. Insyaallah segala komen akan kami ambil perhatian serius untuk penambahbaikan.

Rata2 kebanyakan tetamu menyatakan harga homestay kami antara termurah dan berbaloi baloi di kawasan Kuala Kangsar ini.. Alhamdulillah..



Pihak Ezi Homestay mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yg menginap di homestay kami. Harap maaf diatas segala kekurangan yang ada. Insyaallah, kami sentiasa berikan yang terbaik untuk pengunjung.

Pada tuan2 yang ada plan nak bermalam di Kuala Kangsar.. boleh cuba bermalam di Ezi Homestay